IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Friday 2 October 2015

Kampung paling sejuk


OYMYAKON : Sebuah perkampungan terpencil di Republik Sakha, Russia merupakan kawasan penempatan paling sejuk di dunia..Memeranjatkan suhu paling rendah pernah dicatatkan adalah -71.2 darjah celcius pada tahun 1924..

Meskipun digelar kampung paling sejuk di dunia, Oymyakon sebenarnya membawa maksud air yang tidak membeku..Nama tersebut diambil bersempa kewujudan mata air panas suatu ketika dahulu di kawasan tersebut..








Persoalannya bagaimana penduduk di sana menjalani kehidupan seharian dalam keadaan sejuk melampau begitu?Mereka seolah olah sudah kebal dengan situasi begitu..Namun tidak bermakna pakaian mereka terdiri daripada fabrik yang nipis..

Penduduk masih lagi memakai pakaian tebal yang berlapis lapis bagi mengurangkan rasa sejuk tubuh..Walaupun hidup dalam suhu rendah, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam kekurangan nutrien..

Selain susu lembu, ikan sejuk, rusa kutub dan kuda adalah sumber makanan utama penduduk di sana..Dikhabarkan, jumlah penduduk yang tinggal di Oymyakon hanyalah sekitar 500 orang, selebihnya adalah haiwan dan rusa kutub..


Tahukah anda, kampung Oymyakon hanya 3 jam waktu siang pada musim sejuk..Keadaan ini berbeza ketika kedatangan musim panas..waktu siang berada dalam tempoh masa lebih lama iaitu sekitar 21 jam..

Namun begitu, kepanasan yang dialami bukanlah sampai ke tahap keringat seperti kita sering rasai..Suhu musim panas di Oymyakon berada pada tahap 30 darjah celcius..Boleh dikatakan kemungkinan untuk mereka merasai keadaan panas sehingga ke tahap berpeluh itu agak mustahil..

Sementara itu, meskipun penduduk tidak mengalami masalah dalam mendapatkan makanan, masih ada kesulitan lain yang mereka perlu hadapi..kenderaan perlu sentiasa dihidupkan semalaman untuk mengelakkan dari enjin membeku..

Selain itu, masalah utama yang sering menjadi isu ialah apabila berlakunya kematian..Penduduk di sana menguruskan kematian dengan cara pengebumian..Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menanam mayat dalam tanah yang sudah beku?

Jika kebiasaan nya kita mengambil masa sehari untuk urusan pengebumian tetapi berbeza dengan penduduk di sana yang memerlukan sekurang kurangnya 3 hari untuk menyelesaikan urusan tersebut..

Tugasan pertama adalah menyalakan unggun api betujuan untuk mencairkan tanah supaya mudah digali..Bara arang akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali..Proses itu akan dibuat berulang kali sehingga memuatkan saiz mayat ke dalam lubang..




Meskipun memiliki suhu rendah sepanjang tahun, lokasi ini sering menerima kunjungan dari pelancong luar kerana ingin merasai pengalaman luar biasa di sana sejak perkampungan ini terkenal sebagai kampung paling sejuk di dunia..

Sumber : MF

Fuhhhhh,...Sejukkkkk..macam mana la kehidupan di sana ye..24 jam sejuk je,,teringin juga nak ke sana nak merasai sendiri..huhuh...

terima kasih kerana sudi membaca.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...