IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Sunday, 18 October 2015

3 maut dirempuh lori muatan simen








IPOH : Seorang ejen trak penunda kenderaan dan dua remaja lelaki maut akibat dirempuh sebuah lori tangki muatan simen yang terbabas dalam kemalangan melibatkan lapan buah kenderaan di Kilometer 283.6 Lebuh Raya utara Selatan arah selatan dekat plaza tol Simpang Pulai, semalam..

Kemalanganyang berlaku pukul 9.30 pagi itu mengakibatkan Mohd Fazli Malijan, 38 anak bongsunya, Muhammad Shamsul, 15 dan seorang anak saudaranya, Muhammad amirul Hakimi Abdullah, 15, maut ditempat kejadian..

Ketua Polis daerah, Asisten komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian dipercyai berlaku apabila lori itu hilang kawalan lalu terbabas..

menurutnya, lori itu kemudian merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan kereta Proton Waja sebelum melanggar sebuah kereta Honda Accord, Proton Preve milik polis, sebuah Proton Wira, trak penunda kenderaan serta sebuah motorsikal berkuasa tinggi..

"Lori tangki yang terbabas merempuh ketiga tiga mangsa yang berada di tempat kejadian, menyebabkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian..

"Turut dirempuh ialah dua anggota polis yang sedang menyiasat kemalangan kecil sebuah kereta Honda Accord...

"Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPE), " katanya di sini hari ini..Dua anggota polis tersebut ialah pembantu pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Sarjab Alias Othman dan jurugambar yang dikenali sebagai Koperal Samsol Eliah..Alias, 46, patah kaki kiri manakala Samsol, 50, tidak cedera..

Pemandu Mitsubishi triton, Lim Seng Hui, 47 dan penumpang, seorang warga jepun, Yukhiiro Mori, 40 masing masing cedera di leher dan badan sementara pemandu trak tunda, Abd Mutalib Abd, 34 patah kaki kanan..

Sementara itu, pemandu lori tangki berusia 58 tahun dari Ulu Chepor dekat sini hanya cedera ringan..Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakkan lalu lintas yang teruk sepanjang kira kira tujuh kilometer apabila laluan kedua dua ditutup selama kira kira empat jam..

Menurut Chang Keong, lori tangki yang terbabas menyebabkan kenderaan itu terputus dua dengan bahagian badannya terhumban ke dalam gaung manakal bahagian kepalanya melintang di tengah lebuh raya..

beliau berkaa, bahagian kepala lori tangki itu merempuh kesemua mangsa dan sewaktu kemalangan, keadaan jalan licin akibat hujan..

"Pemandu lori tangki itu telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987," katanya..

Sumber :  Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...