KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan tiga daerah di Sarawak - Sri Aman, Kuching dan Samarahan - ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan berkenaan hari ini menunjukkan paras tidak sihat (101-200) atau sanagt tidak sihat (201-300)..
"Berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi IPU pada hari ini (27 September) mendapati beberapa negeri dan bahagian menunjukkan bacaan (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat..
"Pihak Jabatan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri dan bahagian berkenaan hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kwasan masing masing akan penutupan ini dengan kadar segera, menurut kenyetaan kementerian itu hari ini..
Setakat jam 11 pagi tadi, sebanyak lima kawasan mencatatkan bacaan sanagt tidak sihat dengan Shah Alam merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 281 diikuti Batu Muda (256), Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206)
Sumber : BH online (disiarkan 1.17pm)
Alhamdulillah...dapat cuti ye anak anak kita..
kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak untuk mengelakkan perkara yg tidak diingini..in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment