IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 28 September 2015

Tragedi Rempuhan di Mina





MEKAH : Seorang jemaah haji Malaysia disahkan meinggal dunia dalam tragedi rempuhan di Mina tiga hari lalu..

Zulkifli Samad, 50, dipercayai tersasar ke kawasan kejadian persimpangan Jalan 204/223 yang menempatkan perkhemahan jemaah haji negara negara Arab..

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kehilangan tersebut dilaporkan oleh isteri mangsa, Suria Hanim Abdul Hamid kepada Tabung Haji pada pukul 11 malam pada hari kejadian setelah suaminya tidak pulang..

"Dalam laporan tersebut, Suria Hanim mengakui, Zulkifli tidak bersam jemaah Tabung Haji dari Muzdalifah kerana mahu berjalan kaki ke Mina mengikut sunnah Rasulullah SAW..

"Panggilan terakhir Suria Hanim kepada suaminya ialah pada pukul 7.45 padi 10 Zulhijjah dan Zulkifli beritahu dia sudah selamat tiba di Mina dengan jemaah haji dari negara lain, 'katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini..

Menurut Asraf Wajdi, setelah menerima aduan tersebut, para petugas Tabung Haji mula mengesan Zuklkifli di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan Mina..

Kata beliau, pada harini ini, kira kira pukul 1.30 petang pasukan perubatan Tabung Haji telah membuat pemeriksaan Rumah Mayat Muaissem dan telah menemukan satu jenazah rakyat Malaysia yang disahkan sebagai Zulkifli melalui beberapa pengenalan diri seperti gelang dan lencana pengenalan diri serta barangan peribadi..

Dalam kejadian Khamis lalu, lebih 700 jemaah haji terkorban dan 900 lagi tercedera dalam tragedi rempuhan di perkhemahan jemaah negara negara Arab yang terletak kira kira empat kilometer dari perkhemahan jemaah haji Asia Tenggara..

Zulkifli berasal dari Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Taman Ukay Bistari dan bekerja sebagai Konsultan Teknologi Maklumat..

Menurut Asyraf, Tabung Haji pada pemakluman awal mengesahkan tiada jemaah haji yang terlibat dalam rempuhan tersebut berdasarkan pengesahan daripada waris dan maklumat awal dari penempatan jemaah haji..

"Pihak Tabuhng Haji telah membuat semakan dan pengumuman melalui siaraya di khemah pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 3 petang pada hari kejadian..

"Tiada sebarang aduan daripada waris dan rakan sekhemah berkaitan dengan sebarang kehilangan jemaah,"kata beliau..

Sumber : Utusan Online (disiarkan 1.34 am)

Innalillah...takziah kepada keluarga mangsa..semoga tabah menerima takdir dari Allah..
Sesungguhnya setiap yang bernyawa, pasti merasai mati..

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...