IKLAN NUFFNANG
BLOG KAMI
NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!
JOM TENGOK, MENARIK!
Wednesday, 2 September 2015
Tiket Tren Expres Peninsular KTMB Johor Bahru - Hatyai, RM100
Johor Bahru ; Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan perkhidmatan baru iaitu Tren Expres Peninsular mulai semalam , 1 September, bersempena dengan penstrukturan jadual waktu bagi perkhidmatan tren antara bandar dan perkhidmatan tren elektrik (ETS)..
Presiden nya Lt. Kol. (B) Sarbini Tijan berkata, Tren Expres Peninsular itu akan bermula dari Johor Bahru hingga ke Hatyai dengan melalui 34 buah stesen, kecuali Stesen Bukit Mertajam dan Stesen Butterworth..
Beliau berkata, Peninsular mengambil nama daripada perkataan asal semenanjung Malaysia kerana perkhidmatan itu merentasi negeri di pantai barat semenanjung Malaysia..
"Tren Expres Peninsular menawarkan perkhidmatan sebanyak dua kali sehari iaitu bermula di Stesen JB Sentral pada pukul 5 petang dan tiba di Stesen Hatyai pada pukul 11.40 pagi keesokan harinya..
"Sementara itu bagi perjalan dari Stesen Hatyai pula, ia bermula 6.45 petang dan dijangka tiba di JB Sentral pada pukul 4.25 petang keesokan harinya, "katanya kepada pemberita sempena Pra pelancaran laluan berkenaan di sini hari ini..
Majlis pelepasan tren laluan berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Tourism Malaysia Johor, Edzuar Zar Ayaob Azari dan turut dihadiri Pengurus Kanan Pemasaran KTMB Antara Bandar, Mohd . Noordin Kimi..
Menurut Sarbini, Tren Expres Peninsular mampu menampung jumlah penumpang antara 600 hingga 1000 di dalam 10 koc yang selesa dan canggih..
Tambahnya, KTMB menjangka perkhidmatan itu mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan domestik serta pelanci=ong saing yang ingin melihat keindahan alam semulajadi negara di sepanjang perjalanan..
Dengan pengenalan tren berkenaan, ia dijangka memberi impak positif kepada pelancongan negara. Tambang bagi laluan berkenaan ialah RM100 dan sangat berpatutan, " katanya..
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment