IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Tuesday, 8 September 2015

Terbabas dan rempuh lori







LEDANG : Seorang wanita maut selepas Perodua Alza yang dipandunya merempuh sebuah lori 10 tan di Kolimeter 42.5, jalan Muar-Segamat di sini, awal pagi tadi..

Nahas kira kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Nurul Hidayah Mohtar, 27, yang berasal dari Merlimau, Melaka maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala..

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Mohamad Salleh Abd Razak, ketika dihubungi, berkata mangsa yang memandu dari arah Segamat menghala ke Muar dikatakan hilang kawalan ketika cuba mengelak daripada terlanggar seekor anjing di laluan sama..

"Akibatnya kenderaan mangsa terbabas dan memasuki laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan sebuah lori 10 tan yang berada di hadapan selepas gagal mengelak kerana jarak yang terlalu hampir,"

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tangka untuk dibedah siasat dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987," katanya..

Sumber : BH online & Ditw

Remuk keretanya...ajal akan tiba pada bila bila masa sahaja..
Al-Fatihah untuk arwah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...