IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Thursday, 10 September 2015

Saya teringin bersekolah



Rahim mengajar anak anaknya dirumah

KUALA LUMPUR : " Saya teringin bersekolah, melihat rakan memikul beg dan berpakaian seragam membuatkan hati saya sebak, " kata Muhammad Amirul Rahim, 12, abang sulung kepada empat beradik yang tidak bersekolah sejak kecil, manakal dua lagi mungkin menerima nasib yang sama..

Katanya, setiap hari dia akn menunggu rakan sebayanya pulang untuk bertanyakan apa yang dipelajari di sekolah..

"Sejak kecil saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah dan teringin untuk memikul beg, berpakaian seragam sekolah dan melihat buku sekolah..

"Namun saya akur tidak dapat berbuat demikian kerana masalah ibu  dan ayah hingga tidak dapat menyekolahkan kami empat beradik, " katanya ketika ditemui di PPR Pantai Ria, Pantai Dalam di sini, semalam..

Tiga lagi adiknya yang tidak ersekolah adalah Muhammad Fakhrul Razi Iman, 11, Alia Maisarah, 10 dan Norhidayah, 8, manakala dua lagi Muhammad Allwit Arman, 5, dan Muhammad Aliff Rizky, 2 juga berdepan masalah sama jika tiada pihak sudi menbantu..

Sumber : Metro Online

Jadilah orang yang sentiasa bersyukur..susah susah kita, ada lagi yang lebih susah..
tetapi remaja sekarang, yang ibu bapa hantar di depan pintu sekolah pun ponteng lagi..nauzubillah...lindungi golongan keluarga kami..

Kita yang layak ke sekolah, sibuk nak ponteng, melawan guru..tapi kita tidak tahu ada yang nak ke sekolah tapi tidak mampu..bersyukur kah kita??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...