Assalamualaikum semua..
Malam ni saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya tahu..alhamdulillah..
Setiap pagi kami sekeluarga akan minum jus tomato+lobak..tomato dan lobak adalah bahan utama jus kami..
Kadang kadang kalau sudah bosan tomato dan lobak sahaja, saya akan letak epal hijau atau epal merah
Saya kalau tak minum jus ni, badan rasa tak sihat, badan rasa lemah je..macam hidup saya tak cukup sesuatu..kami mula minum jus ni awal tahun ini..alhamdulillah..isteri saya yang ajar saya..mula mula dulu dia yang buat untuk saya setiap pagi, tapi 2 3 minggu lepas itu, saya yang ambil alih..huhuh..sebab isteri kerja waktu pejabat, jadi kadang kadang kesian tengok dia kelam kabut pagi pagi..
saya akan potong bahan bahan tu lepas solat subuh, sekejap je buat, taka sampai 10 minit..in shaa Allah..kawan kawan cuba la, cuba seminggu in shaa Allah sudah nampak kesan nya..dulu siku dan tumit saya kasar sangat..sejak minum jus ni, siku dan tumit saya jadi lembut..saya pun xsangka..alhamdulillah...
isteri sy tegur kulit saya betambah cerah dan bersih, kawan saya pun cakap macam itu..saya pun tak perasan perubahan itu sebenarnya tapi yang saya rasa, badan saya betambah sihat, bertenaga..alhamdulillah dengan izin Allah..saya jadi tak boleh kalau tak minum jus ni setiap pagi..jadi saya akan cari juga masa untuk buat jus ni..
ianya sesuai diminum pada masa perut kosong, sebab itu saya akan buat pagi lepas subuh, dan saya akan sarapan setengah jam selepas itu..
jom cuba..banyak lagi khasiat nya..in shaa Allah..kos nya pun murah je, kalau nak dibandingkan dengan produk yang ada di pasaran tu..jus ini suda pasti tiada bahan kimia dan bahan awet..betul tak?
bahan yang telah dipotong
sebiji epal hijau
tomato, lobak
air masak 300ml
Bahan bahan ;
2 biji Tomato
1 Lobak
Air masak 300ml
Kalau nak tambah epal pun boleh, tak pun tak apa
Cara buat..
1 )Potong lobak, tomato dan epal..
2) Masukkan bahan yang dipotong tadi ke dalam pengisar
3) Masukkan air masak tadi dan kisar..
4) kisar sehingga semuanya hancur..
inilah dia, jus lobak+tomato+epal
selamat mencuba ye...jom amalkan hidup sihat... :)
No comments:
Post a Comment