IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Friday 18 September 2015

Pemandu Estima dicari


Pemandu Toyota Estima diharap tampil untuk bantu siasatan

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan jenis Toyota Estima berwarna putih bagi membantu sisatan kes kematian Timbalan Ketua Bahagain Bizara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, mendiang Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahamad, berkata pihaknya berharap individu terbabit tampil membantu pihak polis dalam menyempurnakan sisasatan kes pembunuhan itu..

Katanya, pemandu berkenaan dilihat berhenti di laluan bertentangan ketika insiden membabitkan kenderaan dipandu Morais dilanggar sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton berwarna hitam..

"Polis juga minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan satu kemalangan jalan raya di Jalan Duta pada 4 September lalu, kira kira jam 7.51 pagi yang dipercayai mempunyai kaitan ke atas penculikan mendian Kevin Morais ketika itu..

"Terutamanya maklumat daripada pemandu dan penumpang kereta jenis Toyota Estima berwarna putih yang berhenti melihat kemalangan terbabit," katanya hari ini..

Orang ramai yang mempunyai maklumat, katanya boleh menghubungi mana mana balai polis atau hotline Polis KL 03 2115999..

Dalam pada itu, Zainuddin turut memaklumkan satu lagi tangkapan suspek dibuat malam tadi membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun di Kulim Kedah..

Suspek berkenaan yang tidak bekerja katanya, kini ditahan reman selama tujuh hari bermula ini hingga isnin depan..

Setakat ini juga katanya, lima suspek yang terbabit dalam pembunuhan mendiang Morais sudah ditahan..

Sumber : BH online

Cari jangan tak cari..tangkap jangan tak tangkap...
orang besar ke, orang kaya ke, orang miskin ke, pemimpin ke, tok siak ke, bilal ke..
kalau buat salah kita kena tangkap untuk terima hukuman..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...