Polis merampas senjata angin tersebut
KENINGAU : Seorang budak lelaki berusia 11 tahun parah akibat tertembak oleh seorang kanak kanak lain menggunakan senapang angin di rumah jirannya di Kampung Fontas di Nabawan, dekat sini, petang semalam..
Dalam kejadian i3.30 petang itu, mangsa Sephroy Katalu cedera di hidung dan keadaannya dilaporkan stabil..Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Douglas Taong, berkata ketika kejadian, rakan mangsa yang juga berusia 11 tahun dikatan bermain dengan senjata milik bapanya sebelum tertekan picu lalu terkena mangsa dan dikejarkan ke Klinik Nabawan untuk rawatan kecemasan..
"Berikutan kejadian itu polis menerima laporan daripada pembantu perubatan Klinik Nabawan berhubung seorang kanak kanak parah terkena tembekan dan bertindak atas maklumat terbabit, kita menahan budak lelaki yanh melepaskan tembakan itu serta bapanya berusia 45 tahun..
Bagaimanapun kanak kanak itu dibebaskan atas jaminan polis manakal bapanya direman lima hari untuk sisatan lanjut, " katanya di sini..
Difahamkan, lelaki terbabit tidak mempunyai lesen senjata api dan polis masih menyiasat tujuannya menyimpan senjata berkenaan serta dari mana ia diperoleh..
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960..
Sumber : BH online..
Hurrrmmmm..tak pasal pasal ye kena reman..
untuk tujuan apakah bapanya memiliki senjata api?
No comments:
Post a Comment