IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Sunday, 13 September 2015

Masih belum diketahui


Zainun Taha, ibu kepada Noor Farehah yang masih belum diketahui nasib nya..

KUALA LUMPUR : "Kali terakhir saya hubungi mak malam tadi, ada seorang lelaki yang angkat dan bercakapa dalam bahasa Arab," kata Noor Farehah Abu Bakar..

Noor Farehah, 35, adalah anak bongsu kepada Zainun Taha, 69, seorang daripada jemaah haji negara
yang hilang selepas insiden runtuhan kren di Masjidilharam, Makkah..

Katanya, panggilan pada jam 13.30 malam tadi itu bagaimanapun gagal memberi sebarang jawapan berhubung keadaan ibunya keran lelaki terbabit tidak tahu bercakap dalam bahasa Inggeris..

"Saya tidak dapat berkomunikasi dan dia hanya berkata 'no English' serta beberapa perkataan dalam bahasa Arab sebelum dia menamatkan penggilan..

"Saya meminta seorang rakan yang tahu berbahasa Arab menghubungi nombor ibu saya selepas itu, tapi sehingga sekarang panggilan tidak dijawab," katanya..

Noor Farehah berkata demikian ketika ditemui di kediaman ibunya, dekat sini selepas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Tan Sri Ismee Ismail membuat lawatan..Turut hadir, Ahli Perlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari..

Noor Farehah berkata, dia berharap TH akan mempergiatkan dan mempercepatkan usaha mengesan semua keluarga mangsa, sekali gus memberi jawapan berhubung keadaan semasa mereka yang tidak dapat dikesan..

"Kami sekeluarga reda walau apa jua keadaan mereka, cumakami mahukan satu jawapan,"katanya..

Sumber : BH online

Semoga keadaan ibunya dan mangsa lain dalam keadaan baik..dan semoga urusan mengesan mangsa, dimudahkan..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...