IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Saturday 5 September 2015

Lelaki paling pendek di dunia, meninggal!


Kathmandu : Seorang warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi yang telah disahkan oleh Guinness Book of World Records sebagai lelaki paling pendek di dunia, meninggal dunia di Kepulauan Samoa, Wilayah Amerika di Pasifik Selatan, semalam..

Guinness World Records mengiktiraf Dangi sebagai lelaki terpendek di dunia pada 26 Februari 2012..Beliau berukuran 54.6 sm (21.5 inci) tinggi, dan ketika pengesahan oleh pasukan Guinness itu dilakukan, beliau berumur 72 tahun..

Dangi yang berasal dari Dang, daerah di sebelah barat Nepal berada di Amerika untuk lawatan singkat, meninggal dunia semasa menjalani rawatan fenomena di hospital, kata pengurusnya Thaneshwar Guragain, yang juga pemegang rekod dunia Guinness, Dangi berumur 75 tahun..

Selepas jatuh sakit, Dangi dimasukkan ke Lyndon B.Johnson Tropical Medical Centre di Pago Pago, kepulauan Samoa dan menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Jumaat, kata Guragain..

"Saya amat sedih dengan kematiannya, " kata Guragain..Pihak hospital berkenaan sedang menyediakan sijil kematian sebelum menyerahkan mayat Dangi kepada keluarga atau wakil mereka, katanya..

Selain menjadi lelaki terpendek, Dangi juga memegang rekod orang dewasa terpendek di dunia yang pernah di ukur..

Sumber .. BH online..

Takziah kepada keluarga mangsa..pergi nya seorang yang istimewa..
kecil betul dia kan?indah betul ciptaan Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...