IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Saturday 12 September 2015

Kisah Omayra



Sebuah kisah tentang kematian daripada seorang gadis yang menjadi mangsa selepas berlakunya gempa dasyat pada 13 November 1985, di Armero, Columbia..

Omayra Sanchez adalah adalah seorang gadis cilik berusia 13 tahun yang tinggal di Armero, sebuah bandar kecil yang berpenduduk sekitar 31,000 orang..

Pada tarikh 13 November 1985, bandar Armero yang kecil dan tenang, digincang oleh letupan gunung berapi Nevado Del Ruiz..

Saat meletus, Gunung Nevado Del Ruiz menghasilkan gegaran hebat, yang meruntuhkan ribuan bangunan di Armero, dengan muntahan lahar panas, yang mengalir ke kaki gunung, membakar habis kawasan yang ditimpa aliran larva, temasuk bandar Armero yang berada di kaki Gunung Nevado Del Ruiz...

Malam saat bencan terjadi, Omayra yang tinggal bersama keluarganya, dikejutkan oleh kejutan dasyat dan melalui siaran radio mereka mendengar bahawa lahar panas sedang mengalir menuju ke tempat mereka..

Semasa pelarian menyelamatkan diri, nenek Omayra terjatuh kedalam lubang saluran air..Omayra berhenti untuk menolongnya..Malang bagi gadis ini, setelah menolong neneknya, kakinya tersepit di celahan runtuhan bangunan, sehingga tidak boleh bergerak keluar..

Pasukan penyelamat yang datang tidak dapat menariknya keluar dan memerlukan jentera untuk mengalih puing runtuhan dan di saat itu air mula keluar mengalir keluar dari lubang saluran air..

Beberapa puing runtuhan semakin menghimpit Omayra..Keluarga dan beberapa penduduk menemaninya sambil menunggu pasukan penyelamat yang membawa peralatan yang boleh mengangkat sisa runtuhan yang menghimpit Omayra
.
Selama tiga hari pasukan penyelamat tidak kunjung tiba, air telah meningkat hingga paras leher Omayra, selama itu, siang dan malam, orang orang di sekitarnya berusaha menguatkannya dengan menghiburnya, mengajaknya menyanyi dan membantunya mengatasi ketakutan..

Pada hari ketiga, masih tersepit dalam runtuhan dan dala rendaman air separas leher, Omayra mula berhalusinasi ia berkata bahawa ia terlambat untuk pergi ke sekolah..

Tidak berapa lama kemudian ia meminta orang orang di sekitarnya untuk meninggalkannya agar ia dapat beristirehat..

Tak lama kemudian, Omayra meninggal akibat gangrene pada lukanya dan juga hypothermia akibat terendam air selama berhari hari..

Media yang datang untuk membuat liputan gempa juga menyiarkan liputan mengenai Omayra ke seluruh dunia..

Gambar yang anda saksikan diambil sebelum Omayra meninggal dan disiarkan tidak lama setelah dia meninggal..

Cristina Echandia seorang wartawan mengatakan untuk seorang anak seusianya, Omayra cukup tabah menghadapi keadaanya, hingga ajal menjemputnya..

Sumber : MF

Pengorbanan seorang kanak kanak untuk neneknya..
terharu pula saya.. :(



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...