Ariffin Daud menunjukan gambar cucunya, Muhammad Faiz yang lemas semalam
KOTA BHARU : Mayat seorang kanak kanak lelaki berusia 10 tahun yang dikuatiri lemas semalam sudah dijumpai pada jam 9.50 pagi tadi di Pantai Sabak, Penkalan Chepa, di sini selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak semalam..
Datuk mangsa, Ariffin Daud, 70, berkata amayat arwah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat..
"Selalunya arwah setiap hari ke Pantai Sabak untuk bermain bola. Saya tidak sangkan kejadian ini berlaku namun bersyukur akhirnya mayat cucu ditemui sejak operasi mencari dilakukan semalam, " katanya ketika ditemui sebentar tadi..
Muhammad Faiz dipercayai lemas bersam rakannya, Muhammad Irfan Ismail, 13, semasa mencari kerang di sekitar pantai berkenaan kira kira jam 6 petang semalam..
Bagaimanapun, mayat Irfan ditemui kira kira jam 7 semalam dan sudah dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kubur Baru Sabak pada jam 11 pagi tadi..
Sumber : BH online
Takziah kepada keluarga mangsa..sudah ajalnya...apa apa pun betul kata datuk nya, sekurang kurang nya dia bersyukur kerana mayat cucunya telah dijumpai walaupun susah untuk terima kematian cucunya itu..
Alfatihah...
No comments:
Post a Comment