Pakaian yang dipakai semasa bayi ini dijumpai
BATU GAJAH : Seorang bayi perempuan ditemui di dalam kotak sebelum dtinggalkan di pintu belakang rumah penduduk di Taman Bemban Raya disini..
Bayi berusia lingkungan seminggu hingga dua mingga itu ditemui pemilik rumah berkenaan sekitar jam 8.55 malam kelmarin..
Saksi kejadian yang juga seorang wanita mendakwa membuka pintu selepas terdengar bunyi ketukan dipercayai dilakukan individu yang meninggalkan bayi itu..
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, wanita terbabit, Asmidar Mohd Adbul Wahab, 43, yang bekerja sebagai pengasuh bayi memaklukan penemuan bayi itu kepada polis..
"Wanita itu mendakwa menemui satu kotak berwarna coklat di tepi pintu belakang rumahnya sebelum membuka kotak itu..
"Dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati seorang bayi lengkap berpakaian berada di dalam kotak itu, " katanya disini, semalam..
Menurutnya, bayi itu baru dilahrikan bedasarkan keadaan tali pusat yang sudah kering , tetapi belum jatuh..
"Bayi perempuan itu memakai baju lengkap bercorak Mickey Mouse dan dalam keadaan sihat dan tidak ada sebarang kecederaan..
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung bayi itu tampil membantu siasatan, " katanya..
Mohd Nasri berkata, bayi perempuan itu ditempatkan di Hospital Batu Gajah untuk pemeriksaan kesihatn dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan..
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya..
Sumber : Metro Online
Saya tak nak buat apa apa andaian, takut nanti jadi fitnah...
Semoga adik ini menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti..in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment