IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday 30 September 2015

4 dijatuhkan hukuman mati




SHAH ALAM : Bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) yang menghadapi tuduhan membunuh pensyarahnya tiga tahun lalu dihukum mati oleh Mahkamah Tingg Shah Alam, hari ini..

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu tehadap Muhammad Safwan Mohammad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguaan munasabah pada akhir kes..

Muhammad Safwan, 23, bersalah membunuh Zara Eleena Omar Peter, 23, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan pensyarah Bahasa Inggeris di KTAC antara pukul 1.30 pagi hingga 2.30 pagi, 9 Mac 2012..

Kesalahan itu dilakukan di No.28 jalan TK1/11, Taman Kinrara, Puchong..

Pendakwaan dikendalikan oleh Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori..

Pada 12 Ogos 2014, Muhammad Safwan dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan membunuh Zara dan bapa pensyarah itu, Omar Peter Abdullah, 56, pesara syarikat kewangan antara pukul 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokan harinya tanpa perlu dipanggil membela diri..

Pada 30 Julai lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap Muhammad Safwan atas pertuduhan membunuh Zara Eleena..

Tiga panel hakim diketuai Datuk Aziah Ali turut memngekalkan hukuman mati terhadap rakan Muhammad Safwan, Mohamad Zul Shahril, 22, Mohamad Sharafe,21 dan Azizi Aizat, 22..

Sumber : Sinar Harian

hutang nyawa dibalas nyawa..semoga menjadi pengajaran untuk kita semua atas kes ini..
muda muda je lagi semua nya..
kenapalah dik kamu sanggup bunuh orang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...