Assalamualaikum dan selamat malam..
anda semua tengah buat apa tu? sudah makan ke belum?sy pun belum makan lagi..huhuh..
ok, malam ini saya nak share resepi diet..kepada yang tengah diet tu, boleh cuba resepi yang ini..in shaa Allah..
Pemakanan yang sihat bermula dari rumah..adakah anda sokong pernyataan tersebut?
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menjayakan gaya hidup sihat..mereka perlu mengajar anak anak pemakanan yang mana boleh dikategorikan siahat atau sebaliknya..
Seandainya dari kecil kita mengajar mereka makan makanan segera, pasti anak anak kita terdedah kepada masalah obesiti, kolesterol tinggi, masalah perut buncit dan pelbagai lagi penyakit yang berbahaya..
Mahukah kita??bertindaklah sebelum terlambat... :)
Resepi ini sy namakan BUAH SEGERA :)
Sebiji Apple
2 Sudu besar Kismis
2 Sudu besar Kacang Almond
3 Sudu besar Yogurt (0% fat) kami guna perisa peach
CARA CARANYA :
1. Kisar Almond sehingga hancur atau separa hancur..
2. Gaulkan epal, kismis, yogurt dan kacang almond tadi..
Masa penyediaan kurang dari 10 minit, boleh dijadikan sarapan, atau snek ketika lapar..
boleh dibawa ke pejabat juga..
Selamat mencuba.. :)
# Perubahan yang kecil dapat dapat membawa kesan yang besar pada kesihatan kita..in shaa Allah.. :)
Inilah hidangan diet kami kali ini..rasanya pun sedap..alhamdulillah...
Jom cuba..tak susah pun.. :)
No comments:
Post a Comment