Subang Jaya: Pengguna
Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berpeluang menikmati tol percuma bermula 12
tengah malam hingga jam 11.59 malam pada 31 Ogos ini.
Pemberian tol percuma itu
adalah sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-58.
Menteri Kerja Raya Datuk
Seri Fadillah Yusof berkata, pemberian tol percuma bakal dinikmati pengguna
untuk semua kelas kenderaan.
“Kita anggarkan, 417,000
pengguna akan menikmati pemberian tol percuma itu dengan jumlah subsidi lebih
RM665,000.
“Selain itu, pengguna
Lebuhraya SPRINT (semua kelas kenderaan) juga akan diberikan diskaun 20 sen
sepanjang tempoh berkenaan.
“Diskaun itu dijangka
dinikmati lebih 172,000 pengguna dengan subsidi RM35,000,” katanya selepas
menghadiri Majlis Sambutan Jalinan Aidilfitri, semalam.
Majlis berkenaan dianjurkan
bersama Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) dan
Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT).
“Kerajaan sentiasa
mengalu-alukan inisiatif daripada syarikat konsesi pengendali lebuh raya untuk
memberi balik kepada masyarakat,”katanya.
Sementara itu, Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan LITRAK Sazally Saidi berkata, inisiatif pemberian
tol percuma dan diskaun tol itu dimulakan sejak 2010 bagi menyahut hasrat
kerajaan dalam meraikan Hari Kemerdekaan dan secara tidak langsung menyemai
semangat patriotisme.
Sumber.. MK..
No comments:
Post a Comment