IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 10 August 2015

Berhenti serang bapa sy, kata anak Najib..



Kuala Lumpur – Anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta serangan bertalu-talu yang dilemparkan terhadap bapanya dihentikan segera kerana ia akan menyebabkan negara sendiri terkorban.
Menganggapnya sebagai serangan peribadi, Mohd Nazifuddin Najib berkata, tuduhan itu bukan saja memberi kesan kepada bapanya, tetapi akan menyeksa rakyat dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan.
“Ketiadaan kepercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup ‘mengorbankan’ negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri.
“Ini kerana pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur, semalam.
Nazifuddin berkata, tuduhan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan semata-mata untuk menjatuhkan bapanya.
“Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak membaiki keadaan sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek seterusnya kita sendiri yang akan terkesan.
“Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang,” katanya.
Najib semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Johor semalam mengakui berang apabila diserang tanpa henti di laman media sosial berhubung beberapa isu pentadbiran negara.
Katanya, sebelum pentadbirannya, wujud beberapa isu kontroversi yang membelenggu kerajaan, namun tanpa media sosial, isu tersebut tidak “sepanas” dihadapinya sekarang.
“Macam 1MDB, kita belum rugi. MAS kita terpaksa suntik dana RM6 bilion. Realitinya pada 1980-an, 1990-an ada lagi, isu-isu tertentu yang saya tak perlu kupas.
“Tapi zaman dulu tiada media sosial, tak begitu panas, orang tidak tahu pun. Hari ini, belum apa-apa, meletup jadi panas. Saya pun mendidih saja sepanjang masa. Tidak adil,” katanya dalam ucapannya.
Sehubungan itu, Najib berkata, Umno perlu menambah bilangan askar upahan alam maya “cybertroopers” mereka untuk menangani serangan yang diterimanya.
Beliau ketika berucap turut menjelaskan isu dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya yang digunakan bagi membiayai aktiviti parti dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...