IKLAN NUFFNANG
BLOG KAMI
NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!
JOM TENGOK, MENARIK!
Sunday, 10 January 2016
Peristiwa Bulan Terbelah
Quraisy memmang tidak mahu beriman..Pernah suatu masa mereka meminta Rasulullah menunjukkan kepada mereka mukjizat lahir..Akhirnya Rasulullah bertanya kepada mereka, "Adakah kalau aku boleh belah bulan, kamu semua akan beriman"
Mereka berkata "ya"
Maka, pada suatu malam, malam bulan mengambang penuh, semua berkumpul, Rasulullah pun memerintahkan bulan supaya terbelah dua, maka terbelahlah bulan menjadi dua..Satu di sebelah bukit di kanan Mekah dan satu lagi di sebelah bukit di kiri Mekah..Mereka melihat dengan mata kepala mereka..Walaupun begitu, mereka tetap tidak beriman..
Mereka berkata, "Demi Allah, benarlah engkau ini ahli sihir"
Imam Ibnu Kathir dan ahli ahli sejarah yang lain berkata, peristiswa bulan terbelah ini dapat dilihat oleh semua manusia sehingga orang mengambil peristiwa besar ini sebagai tanda waktu bagi kalender mereka sebagaimana orang mengambil peristiwa tentera Abrahah dimusnahkan sebagai titik permulaan untuk menulis sejarah mereka..
Diceritakan juga, orang di India pada masa itu juga mengambil peristiwa ini sebagai tanda bagi menulis sejarah mereka..Allah menceritakan kisah bulan terbelah ini di dalam al Quran surah Al-Qamar ayat 1 dan 2 yang bermaksud, "Telah hampir saat kedatangan hari kiamat dan terbelahlah bulan..Dan kalau mereka kaum Musyrik Mekah melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata, Ini adalah sihir yang terus menerus berlaku"
Wallahua'lam...
Terima kasih kerana sudi membaca...
kalau da baca, jangan lupa SHARE dengan kawan kawan yang lain ye..in shaa Allah..
Sumber : Biografi Muhammad Bin Rasulullah
Labels:
Sudut Ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment