VERACRUZ:
Dua puluh maut apabila bas yang dinaiki mangsa terjunam dari jambatan ke dalam
gaung di Mexico.
Ketua
pejabat pertahanan sivil di negeri Veracruz, Yolanda Gutierrez, berkata nahas
itu meragut nyawa 20 daripada 45 penumpang.
Gutierrez
berkata, bas berkenaan membawa satu pasukan bola sepak apabila tergelincir dari
jambatan semalam berhampiran bandar raya Cordoba.
Kerajaan
negeri Veracruz menyatakan, bas berkenaan berkemungkinan dipandu laju dan
pemandu hilang kawalan apabila ia melalui bonggol.
Presiden
Enrique Pena Nieto mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dalam akaun
Twitter. Nasib pemandu masih tidak diketahui.
Sumber
: BH Online
Berhati hati ketika memandu..Jika mengantuk, berhentilah dan patuhi papan tanda yang disediakan..in shaa Allah kecelakaan boleh dielak..
No comments:
Post a Comment