IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 11 January 2016

Kisah Menarik Seorang Pemuda



Seorang pemuda lalu disebuah negeri..Kekecohan sedang berlaku..lalu si pemuda pergi menyiasat..Rupanya mereka dalam proses melantik raja..Yang peliknya seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut...

Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah, sesiapa yang dilantik menjadi raja atau pemerintah..Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah..

Pemuda tadi mengankat tangan..'SAYA SANGGUP!' Maka dia dilantik menjadi raja negara itu..Orang ramai mengatakan pemuda ini bodoh, hilang akal, tamak pangkat dan sebagainya...

Pada tahun pertama sang pemuda itu menjadi pemerintah, Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yang bakal dia dibuang selepas 10 tahun..

Tahun kedua, pemuda mula menghantar jurutera untuk mebina jalan..Tahun ketiga, pemuda tersebut menghantar expert dalam bidang pertanian untuk bercucuk tanam..

Tahun keempat engineer mula membangunkan bangunan bangunan canggih dan seterusnya..Sehingga 10 tahun, pemuda tersebut tidak sabar untuk dibuang negeri..Masanya tiba, beliau sudah bersedia..Keranaaaa....

Sang pemuda tahu, dia sudah menghantar 'bekalan' terlebih dahulu sebagai persediaan..

Kesimpulanya..ibarat hidup kita.Kita tahu yang kita akan 'dihantar' ke 'tempat itu'

Sudahkan kita mengirimkan bekalan?
Adakah tempat itu padang tandus??
Atau sudahkan kita semai benih benih yang akan menjadi pohon rimbun?

Kita sahaja yang tahu apa bekalan, amalan yang kita lakukan setakat ini..
sebelum terlambat, jom sama sama kita kuatkan dan tambahkan amalan kita..
in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...