(Gambar sekadar hiasan)
OREGON:
Seorang lelaki mencuri ular sawa sepanjang 0.61 meter dari sebuah kedai haiwan
peliharaan di Portland dengan menyumbat reptilia itu ke dalam seluarnya.
Sarjan
Greg Stewart berkata, tiada tangkapan dibuat dalam kes itu pada Jumaat lalu.
Namun pemilik kedai peliharaan A to Z, Christin Bjugan, berkata video
keselamatan membantu polis mengenal pasti suspek, dan menjangka ular itu akan
dikembalikan tidak lama lagi.
"Kami
tahu siapa melakukannya. Kami tahu di mana dia tinggal, dia mana dia bekerja,
kami tahu semua mengenainya dan teman wanitanya. "Kami menunggu untuk
mendapatkan semula ular itu," kata Bjugan.
Video
menunjukkan suspek bersama seorang wanita berambut biru yang bersubahat dalam
kecurian itu. Beliau menyerahkan kunci kepada teman wanitanya sebelum mengambil
ular daripada tangki dan keluar dari kedai berkenaan.
Katanya,
ular memang menyukai tempat yang panas dan gelap. Ular sawa yang berwarna hitam
berkilat itu dijual pada harga AS$200 (RM879)..
Sumber : BH Online..
No comments:
Post a Comment