IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Sunday, 10 January 2016

Dipaksa makan pisang


MUMBAI: Seorang peragut disuap secara paksa 48 biji pisang dalam usaha polis mendapatkan semula cincin emas yang ditelan suspek bagi mengelak ditangkap.

Dalam kejadian di pasar ikan Ghatkopar di timur bandar raya Mumbai lewat Rabu lalu, tertuduh, Gopi R Ghaware, meragut dan melarikan cincin emas seorang wanita.

Apabila wanita berkenaan menjerit, beberapa penduduk mengejar dan berjaya menangkap Ghaware, menurut pegawai penyiasat, Kailash Tirmare.

Polis peronda tiba dan mengambil alih menangkap Ghaware dan membawa beliau ke Hospital Rajawadi untuk mendapatkan rawatan.

Ujian sinar X pada Khamis menunjukkan cincin berkenaan berada dalam perutnya sebagai bukti pertama jenayah dilakukan lelaki berusia 25 tahun itu.

Ujian kali kedua sebelah petang mengesahkan laporan awal. Polis, kemudian menempah sebakul pisang dan memaksa Ghaware memakannya sehingga awal pagi. - Agensi

Sumber : BH online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...