IPOH:
Empat orang termasuk dua kanak-kanak cedera selepas kereta yang dinaiki
terbabas ke bahu jalan dan terbakar di Kilometer 294, Lebuhraya Utara Selatan
(PLUS), dekat Gopeng, awal pagi tadi.
Jurucakap
Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, pihaknya menerima panggilan
kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 1.05 pagi.
Katanya,
anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kereta PERODUA MyVi
terbabas di bahu jalan menyebabkan bahagian enjinnya terbakar namun berjaya
dipadamkan oleh orang ramai dengan menggunakan alat pemadam api.
"Empat
mangsa dalam kereta itu dikeluarkan orang awam. "Anggota bomba seterusnya
membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain
terbabit," katanya di sini...
Sumber : BH Online
Berhati hati ketika memandu..rancang perjalanan anda supaya tidak tergesa gesa..in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment