Rashimah Ismail (kiri) dan Fatimah Ariffin melihat keadaan rumah warga emas, Che Piah Din, (gambar kecil), yang meninggal dunia sejak 4 hari lalu di rumahnya di Kampung Gelung Rambai
JITRA:
Seorang wanita warga tua ditemui mati di rumahnya di Kampung Gelong Rambai,
dekat Tunjang, di sini, pagi tadi.
Mayat
Che Piah Din, 77, ditemui anak kandungnya ketika balik untuk melawat ibunya
yang tinggal sendirian di rumah berkenaan kira-kira jam 10 pagi.
Ketua
Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah, berkata pihaknya
yang menerima maklumat bergegas ke lokasi dan menemui mayat wanita warga tua
itu yang sudah reput di atas katil di bahagian belakang rumah.
"Berdasarkan
pemeriksaan awal kita percaya mangsa berkemungkinan besar meninggal dunia sejak
empat hari lalu, sebelum mayat ditemui anaknya pagi ini.
"Hasil
siasatan tiada sebarang unsur jenayah dikesan di rumah itu dan mangsa
dipercayai meninggal akibat sakit tua," katanya yang mengesahkan kes
disiasat sebagai mati mengejut.
Mayat
mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk bedah siasat...
Sumber BH Online..
Innalillah...semoga roh arwah bersama orang yang beriman....
in shaa Allah...
No comments:
Post a Comment