Assalamu'alaikum
waramatuhllahi wabarakahtuh....
10 Wasiat Imam Syafie...
SEBELUM Imam Syafie pulang
ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam
seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur,
mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang
ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan
kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita
zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat
suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat
Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan,
banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT
(TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat
suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran
takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara
terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan
Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA
NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas
baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke
arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan
membenci kemaksiatan.
Wallahua'lam...
Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.
" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin..
In shaa Allah..
No comments:
Post a Comment