IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Saturday, 5 September 2015

Pelajar 13 tahun, maut digilis treler


hancur, mayat adik Tan Wei Chuan, 13 digilis treler

5 September 2015

Bukit Mertajam : Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di sini maut selepas motorsikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan sebelum digilis treler di Jalan Mengkuang, di sini hari ini..

Dalam kejadian 12 tengahari itu, Tan Wei Chuan, 13 maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala..Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor, berkata ketika kejadian mangsa membonceng motorsikal yang ditunggang ibunya, Dameria NUrcahaya, 34, seorang warga Indonesia, dari arah Jalan Mengkuang Titi, Sungai Lembu..

Wanita itu baru sahaja mengambil anaknya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di KUlim, Kedah, " katanya ketika dihubungi di sini hari ini..

Beliau berkata, kemalngan itu berlaku ketika wanita berkenaan dipercayai cuba memotong treler muatan besi terbabit tetapi gagal apabila ada sebuah kereta datang dari arah bertentangan..

Motorsikal dinaiki dua beranak itu kemudian bergesel dengan bahagian belakang lori terbabit menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis, katanya..

Rusli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat manakala ibu pelajar itu cedera di lutut dirawat di hospital sama..Katanya, pemandu lori terbabit melarikan diri dari tempat kemalangan tetapi membuat laporan polis selepas itu..

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987..

Sumber : BH online (disiarkan 7.22pm)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...