5 September 2015
Hutan Melintang : Empat lagi mayat mangsa bot karam termasuk seorang kanak kanak , ditemui hari ini, menjadikan jumlahnya yang terkorban akibat tragedi itu meningkat kepada 28 orang setakat ini..
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata keempat empat mayat yang semuanya lelaki itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) antara jam 2 hingga 3 petang tadi..
Katanya, tiga mayat pertama ditemui tiga batu nautika dari lokasi kejadian manakala mayat kanak kanak itu pula ditemui 15 batu nautika dari pantai. "Penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang mati ialah seramai 28 orang iaitu 19 wanita dan sembilan lelaki termasuk kanak kanak..
"Jumlah yang terselamat kekal 20 orang iaitu 19 lelaki dan seorang wanita, " katanya pada sidang media di Jeti ladang Sungai Bernam, sebentar tadi..
Sumber : BH online (disiarkan 6.08pm)
Sama sama kita doakan semoga usaha mencari dimudahkan..in shaa Allah..

No comments:
Post a Comment