Terowong yang dikenali sebagai Terowong Dasar NEAT Gotthard mempunyai jarak 56.3 kilometer, sekali gus mengatai rekod Terowong Seikin di Jepun yang berukuran 23.3 kilometer yang menghubungkan pulau Honshu dan utara Pulau Hokkaido..
Menurut portal Mail Online, terowong Gotthard yang menghubungkan Zurich ke Milan akan mengambil masa perjalanan selama dua jam dan 50 minit , sekali gus mengurangkan masa sebanyak hampir sejam bagi tempoh perjalanan ketika ini..
Jelas laporan tersebut, pembinaan terowong itu yang dibiayi sepenuhnya oleh kerajaan Switzerland menelan kos kira kira AS$10.3 bilion (RM42,7 bilion) dan mengambil masa hampir 20 tahun sejak dibina pada 1996..
Ketua Pegawai Eksekutif AlpTransit Gotthard, REnzo Simoni berkata, lebih 2000 pekerja terlibat dalam kerja kerja menggali dan mengeluarkan tanah bagi mencapai kedalam 2,438 meter dari permukaan bumi..
Beliau menambah, pembinaan terowong itu amat penting bagi menghubungkan bandar bandar utama seperti Milan dan Zurich memandangkan pengguna jalan raya perlu melalui kawasan pergunungan yang akan mengambil masa lama..
"DEngan pembinaan terowong ini, kereta api boleh bergerak pada kelajuan lebih 241 kilometer sejam dan menjimatkan banyak masa penumpang untuk sampai ke destinasi masing masing..
"Selepas terowong ini dibuka, ia akan menjadi rangkaian kereta api paling selamat di dunia, "katanya..
Sumber : MF..
hampir 20 tahun nak disiapkan..huhuh...kos pula RM42.7 bilion...
satu usaha yang hebat..dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, jimat masa dan tenaga..
boleh dijadikan contoh bagi negara kita untuk kesenangan, kemudahan dan keselesaan penduduk yang kian bertambah..




No comments:
Post a Comment