15 September 2015
Kuala Terengganu : Seorang anggota bomba maut, manakala seorang lagi cedera parah selepas van jabatan itu terbabit nahas di Kilometer 343.4 Lebuh Raya Pantai Timur II (LPT2) dekat Dungun, petang tadi..
Mohd Firdaus Zolckply, 26 yang cedera parah dalam nahas 2.40 petang itu, meninggal dunia ketika dirawat diHospital Dungun, manakala rakannya Mohd Zairi Abdullah, 28 patah tangan.. Dua lagi raka mereka , MOhd Hirman Omar, 35 dan Wan Mohd Ahlam Wan Ahmad, 26 yang turut berada dalam kenderaan itu dilaporkan selamat..
Ketika nahas, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi, itu dalam perjalanan untuk menghadiri kursus di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang.. Pegawai Perhubungan Aawam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Rozizah Abni Hajar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Nissan Urvan dipandu Wan Mohd Ahlam terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik..
"Kejadian menyebabkan Firdaus dan Zairi cedera parah..Mereka dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan kecemasan tetapi Firdaus meninggal dunia jam 6 petang, " katanya..
Sumber : BH online (disiarkan 9.37pm)
Takziah kepada keluarga mangsa..semoga roh arwah bersama orang yang beriman..in shaa Allah..
Al-Fatihah...

No comments:
Post a Comment