Kemalangan ngeri..
3 ogos 2015..
Batu Pahat: Seorang wanita warga emas, How Moi Hwa, 64, maut digilis treler muatan kelapa sawit di KM1, Jalan Yong Peng-Labis di Yong Peng jam 12 tengah hari ini.
Sumber berkata, motosikal Honda Spacy ditunggang mangsa hilang kawalan ketika melintas jalan sebelum merempuh treler dari arah Yong Peng.
Mangsa yang beralamat di Jalan Ujung dekat sini, dipercayai dalam perjalanan untuk membayar cukai pintu di Majlis Daerah Yong Peng sebelum terjatuh dan digilis tayar belakang sebelah kanan treler berkenaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berhati hati ketika memandu@menunggang motorsikal..
kecuaian boleh membawa maut..
No comments:
Post a Comment