IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 3 August 2015

Azalina dibidas..


Baru-Baru ini Azalina sewaktu mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem menyarankan masyarat untuk berfikiran lebih terbuka kerana ia hanyalah sekadar lakonan.

Terpanggil untuk membidas kata-kata itu adalah Ustaz Kazim yang berpendapat ia merupakan saranan 'songsang' kerana sebagai makhluk Allah, kita dituntut untuk mencegah kemungkaran walaupun dalam lakonan.

"Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.

"Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan," tulisnya dilaman Facebook rasminya semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menambah dalam kenyataannya bahawa isu berpegangan tangan dan berpelukan hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat pada penonton....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...