IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Wednesday, 13 January 2016

Kisah Umar Al-Khatab dan burung pipit

(Gambar sekadar hiasan)

Pada suatu hari, Umar pergi ke Kota Madinah..Dalam perjalanan, beliau melihat seorang kanak kanak menggenggam seekor burung pipit dan bermain main dengannya..

Umar berasa kasihan melihat burung itu lalu beliau memujuk kanak kanak tadi menjual burung itu kepadanya..Kanak kanak itu setuju dan sebaik sahaja Umar membeli burung itu, Umar pun melepaskannya..

Selepas Umar wafat, ramai sahabat bermimpi berjumpa Umar..Dalam mimpi itu, terjadi dialog berikut :

Sahabat : Bagaimana Allah melayan kamu?

Umar : Allah mengampunkan saya dan membebaskan saya daripada seksaan..

Sahabat : Mengapa? Adakah kerana kamu seorang yang dermawan, adil dan zuhud?

Umar : Apabila kamu semua memasukkan saya ke dalam kubur, tinggallah saya sendirian di dalam kubur itu..Kemudian, datang dua malaikat ke dalam kubur..Akal saya hilang dan anggota tubuh badan saya gementar ketakutan melihat mereka..Kedua dua malaikat itu memegang tangan saya dan mendudukan saya..

Kemudian saya mendengar seruan 'hatif' iaitu suara tanpa rupa yang menyeru, 'Wahai malaikat, tinggalkanlah hamba-Ku itu, kamu tidak perlu bertanya apa apa kepadanya dan janganlah kamu menakutkannya..

Aku mengasihi dan menyayanginya..Sesungguhnya, Aku meembebaskannya daripada seksaan kerana sewaktu di dunia, beliau mengasihi seekor burung pipit..Jadi di akhirat, Aku pula yang mengasihinya'

Wallahua'lam...

Terima kasih kerana sudi membaca...
kalau da baca, jangan lupa SHARE dengan kawan kawan yang lain ye..in shaa Allah..

Sumber : Buku Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...