IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Thursday, 3 December 2015

Amalan harian


Amalan harian yang boleh diamalkan dalam kehidupa kita seharian..in shaa Allah..

1. Solat Tahajjut di waktu 3/4 malam sekurang kurang nya 2 rakaat dan solat sunat Witir sekurang kurang nya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh - Tahajjut merupakan jalan orang orang yang soleh, amalan para Nabi dan wali wali Allah yang terdahulu..

2. Selepas Subuh, zikir sebanyak 300 kali (100 kali tasbih, tahmid dan takbir, 100 kali selawat dan 100 kali istigfar). Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan Dajjal..Hanya dgn zikir sumber makanan dan minuman..Hanya orang yang benar benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu..Selainnya kan mengikt Dajjal untuk mendapat makanan dan minuman...

3. Kemudian bacalah surah Yassin - Allah janji segala hajat pada hari itu akan dipenuhi..

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solatsunat isyraq 4 rakaat - Allah janji akan menolong kamu menyepurnakan segala urusanmu pada hari itu..

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selepas isyraq (diantara jam 8-12 tengahari). Nabi SAW bersabda ; "Sesiapa mengerjakan soalat Dhuha 2 rakaat, dia tidak mengerjakan solat sunat Dhuha 2 rakaat, tidak tergolong di dalam golongan orang orang yang lali dan lupa," Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki..

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman..Nabi SAW bersabda. "Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman." Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat nikmat Allah dan dengan amalan mebaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkat kecerdasan otak..

7. Selepas soalat fardhu Asar, zikir 300 kali, (100 kali tasbih, tahmid dan takbir, 100 kali selawat dan 100 kali istigfar)

8. Kemudian baca surah An-Naba' - Nabi SAW bersabda. " Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahalan membaca surah An-Naba', maka kamu akan berhenti daripada tugas tugas kamu, lalu memepelajari surah tersebut dan mendekatkan diri dengan Allah dengan membacanya..Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain syirik."

9. Selepas solat Magrib, solat sunat Auwabin..Allah janji akan memberi kemapunan terhadap dosa dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah - Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran dan kemiskian  tidak akan menemuinya..

11. Selepas solat Isyak, bacalah Surah Al-Mulk - Allah janji akan memelihara dari azab kubur..Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk Sajdah..

12. Setiap malam bacalah Ayatul Qursi dan "Amanar-Rasul" hingga habis..Sangat sangat penting untuk melindungi diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan..

13. Sebelum tidur solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar..

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunan kepada Allah di atas dosa dosa yang telah dilakukan dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah..

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa peristiwa selepas maut..Muqrabah alah perlu untuk membentuk sifat taqwa..

16. Setiap hari bacalah Al-Quran (Tilawahtul Quran) walauoun hanya satu 'ain'..latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati..Hati yang tidak ada Al-Quran seumpama hati yang mati..Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan..hak Al-Quran adalah perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun..

17. Setiap pagi Jumaat bacalah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh suraj, bacalah seberapa banyak yang boleh - Allah janji 'cahaya' di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua jumaat..Nabi SAW bersabda ; Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit..

18. Hendaklah hatidan lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjaalan, duduk atau bekerja..Berzikirlah 'Lailahailallah' sebagai amalan tetap dan berkekalan..

19. Puasa sunat Isnin dan Khamis, juga puasa sunat pada hari hari yang digalakkan dalam Islam..Untuk puasa puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami suamimu..

20. Cubalah sedaya upaya berada dalam keadaan berwudhu'. Sabda Nabi SAW : Wudhu adalah senjata orang orang mukmin..Faedah wudhu' sangat besar..

21. Tatkala haid, janganlah tinggalkan zikrullah..Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati..

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu..Jagalah mata, telinga, lidah dan hati..Mengumpat dan mengata ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar..Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala kesan ibadat..

Jom amalkan sedikit demi sedikit yang termampu...
Semoga kita dapat beramal..

Perkara baik elok untuk dikongsi bersama..jom share dengan rakan kita yang lain..tak rugi pun, malah menguntungkan kita..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...