IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Saturday 24 October 2015

Kata kata hikmah


1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain..
- USTAZ AZHAR IDRUS-

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya..
- USTAZ KAZIM ELIAS-

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...in shaa Allah bahagia..."
- USTAZ DON DANIYAL-

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda..
- Datuk Ismail Kamus-

5. Kalau kita sakit jangan takut solat, sekurang kurangnya kalau mati, mati dalam solat..
- USTAZ HASLIN BAHARIN-

6. Selepas solat jangan tergesa gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakhbar 33, doa kemudian baru bangun..
- AL HABIB ALI ZAINAL-

Setakat umur kita ni, yang mana kita selalu buat?
kalau sebelum ni kita tak mula lagi..jom kita mula sekarang...in shaa Allah...
Nantikan bahagian kedua..in shaa Allah...

Terima kasih kerana sudi membaca..
Jom share..semoga orang lain pun tahu...

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal..

#sebaik baik manusia ialah, orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain..in shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...