IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday 5 October 2015

'Bayang' itu nikmat



Tahukah kita 'bayang' itu satu nikmat??

Sebelum ni kita mungkin hanya tahu nikmat itu kesihatan tubuh badan, makanan yang sedap, tempat tinggal yang selesa dan lain lain..tapi Allah mengatakan bayang itu juga nikmat..

Kenapa bayang itu nikmat??

Cuba kita fikirkan, kalau di tengah panas yang terik, kita mesti cari tempat yang teduh dan teduh itu adalah bayang..kita akan cari pokok, bangunan untuk berteduh..betul tak?bukan kah itu sebagai nikmat?

Di akhirat esok, ada 7 golongan yang mendapat teduh@bayang dari Allah..

7 golongan itu ialah :

1) Pemimpin yang adil..(amanah menjalankan tugas dan tanggungjawab)

2) Manusia yang dari kecil dia telah beribadat kepada Allah seumur hidupnya dengan ikhlas..

3) Seseorang yang sentiasa ingatkan masjid..(suka dengan aktiviti, kuliah agama dan solat berjemaah)

4) Manusia yang berkawan dan berpisah kerana Allah..

5) Seorang lelaki yang digoda perempuan, lalu dia menolak kerana takut kepada Allah..

6) Seseorang yang suka bersedekah tanpa diketahui orang lain(tidak menunjuk)

7) seseorang yang bangun malam..(bangun solat malam dan memohon keampunan dari Allah)

Sesungguhnya di padang mahsyar esok tiada pokok, bangunan dan sebagainya tetapi dengan izin Allah, 7 Golongan ini akan mendapat 'bayang'@'teduh' di akhirat esok...Wallahua'alam..

Terima kasih kerana sudi membaca..
Jom share..Semoga bermanfaat untuk orang lain juga..in shaa Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...