IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Saturday 3 October 2015

3 Cara Golongan manusia menuju ke Padang Mahsyar


Bismillahirrahmannirrahim..

Kumpulan pertama ialah kumpulan penunggang..kumpulan penungga ini ialah Para Nabi, sahabat Nabi, para syuhada, orang orang yang beriman dan cintakan kepada Allah dan Rasulnya dengan cinta yang sungguh sungguh..(kita tak tahu kenderaan@binatang jenis apa yang ditunggang, wallahua'alam)

Kumpulan kedua berjalan kaki tanpa pakai selipar, telanjang bulat..manakala fizikal nya sama seperti masa kita meninggal dulu..1% tak lebih dan 1% tak kurang..

Dalam kumpulan ni juga, Nabi bagitahu ada yang pakai baju (orang yang pakai baju ni ialah orang yang selalu sedekah kepada orang miskin semasa hayatnya masa di dunia)

Kumpulan ketiga ialah ahlinya berjalan dengan muka nya..maksudnya, muka kebawah dan kaki ke atas..

Sahabat nabi bertanya, macam berjalan dengan muka ya Rasulullah?

Rasulullah pun bertanya, siapa yang membolehkan kita berjalan dengan kaki?

Sahabat menjawab, sesungguhnya Allah yang mengizinkan kita berjalan dengan kaki..

Maka Rasulullah pun berkata, maka dengan izin Allah lah, mereka berjalan dengan muka mereka..

Hancur mukanya dan kembali elok..hancur lagi dan kembali elok..maka itulah seterusnya sampai lah ke padang mahsyar..nauzubillahminzalik...

Sumber : Zon Kuliah.. (Ustaz Wadi Annuar)
https://www.facebook.com/zonkuliah


Perjalan ke padang mahsyar yang kita sendiri pun tidak tahu berapa lama dan berapa jauhnya..wallahua'lam...

Terima kasih kerana sudi membaca..
Jom share..Semoga bermanfaat..in shaa Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...