Gambar suspek setelah ditahan
Seremban : Cubaan seorang lelaki memecah masuk dan melarikan barang berharga dari rumah di Garden City Homes, Seremban 2, di sini, tidak berhasil apabila perbuatannya disedari polis, kelmarin..
Sumber berkata, dalam kejadian jam 7 pagi, suspek berusia 20-an memasuki kediaman berkenaan ketika pemiliknya keluarga bekerja..Suspek dikatakan memasuki ke dalam ruma dengan mengumpil pintu bahagian belakang rumah sebelum mengambil baranagn berharga termasuk komputer riba, wang tunai RM1,000, jam tangan dan gelang..
"Ketika dia mahu melarikan diri melalui pintu belakang , anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu melihat kelibat suspek.."
Polis terbabit mengejar suspek sebelum menanhanya, anggota polis memaklumkan penahanan itu kepada bilik gerakan dan pemilik rumah, katanya..
Sumber mengatakan, pemilik rumah pulang dan mendapati ruang tamu berselerak selain pintu belakang dikumpil suspek..
Beliau berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini, utntuk siasatan lanjut..Ketua polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut akan dijalankan...
Sumber : BH online..
Muda muda lagi sudah terlibat dengan jenayah..semoga ianya menjadi pengajaran kepada suspek..
untuk kita boleh dijadikan sebagai langkah berjaga jaga sebab sekarang ni jenayah tak kira siang atau malam, dimana sahaja boleh berlaku..
pastikan barang berharga disimpan di tempat yang selamat..dalam kes ini, tuan bernasibaik dengan izin Allah..alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment