6 September 2015
KUBANG PASU : Dua perompak mengambil amsa kurang tiga minit untuk memecahkan kaunter pameran sebelum melarikan tujuh dulang barang kemas bernilai lebih RM150,000 dalam rompakan kedai emas di Pekan Baru Changlun di sini hari ini (semalam)
Dalam kejadian kira kira pukul 12 tengahari itu, penjenayah tersebut yang bersenjatakan senapang jenis pump gun dan memakai topeng ski meletakkan kereta Proton Wira warna putih di hadapan kedai emas tersebut sebelum meluru masuk ke dalam premis..
difahamkan tiada pelanggan di dalam premis dan hanya dua anak kepada pemilik kedai emas masing masing berusia 28 dan 31 tahun berada di kaunter pameran ketika kejadian..
Pemilik kedai emas itu yang mahu dikenali sebagi Tan, 60, berkata, dia berada di bahagian belakang premis sebelum mendengar bunyi kaca pecah dan ada suara kuat lelaki seperti sedang memberi amaran..
"Saya ternampak seorang lelaki memegang senapang manakala seorang lagi mengisi barangan kemas ke dalam sebuah beg selepas memecahkan cermin pameran dengan tukul besi..
"Saya dan dua anak kemudiannya berlari ke bahagian belakang premis dan terus menekan penggera kecemasan sebelum dua penjenayah itu bergegas keluar, "katanya ketika ditemui di lokasi kejadian..
Menurut Tan, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi tembekan dilepaskan oleh salah seorag penjenayah ke udara di luar premis bagi meberi amaran kepada orang ramai..
"Saya bersyukur kerana anak anak dan saya tidak dicederakan walaupun kerugian ratusan ribu ringgit" jelasnya
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Abd. Rahim Abdullah memberitahu, pihaknya kini giat memburu kedua dua suspek yang melarikan diri ke arah Kodiang menggunakan kereta dengan nombor pendaftaran palsu..
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395.397 Kanun keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih berat) 1971, "tambahnya..
Sumber : Utusan online..
Alhamdulillah..walaupun banyak yang rugi, tapi semuanya selamat tanpa cedera..tak mengapa ye uncle, serahkan kepada pihak polis..semoga penjenayah itu ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal..
Jangan cari jalan mudah, kelak kita jua akan menyesal..

No comments:
Post a Comment