IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 7 September 2015

Kereta Rali rempuh penonton

Polis menyiasat kereta rali yang terbabas dan merempuh ke arah penonton

MADRID : Enam orang termasuk seorang wanita mengandung maut pada Sabtu apabila sebuah kereta rali terbabas dan merempuh ke arah penonton di utara Sepanyol, kata polis..

Rakaman video yang disiarkan stesen televisyen Sepanyol menunjukkan kereta rali terbabit terbabas daripada laluan dalam keada jalan yang berdebu di bandar barat laut, Carral ketika perlumbaan Rali Coruna.

"Sebuah kereta dalam rali ini terkeluar daripada laluan dan merempuh penonton ketika kenderaan terbabit memecut di satu selekoh. "Kami sahkan bahawa enam orang mati iaitu empat wanita dan dua lelaki, salah seorang  adalah wanita mengandung" kata jurucakap polis..

Katanya, kira kira 20 orang pula mengalami kecederaan dan beberapa orang dibawa ke hospital manakala sekurang kurangnya dua dikatakan cerera parah..

Sementara itu, jurucakap berkenaan berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat nahas berkenaan..

Sumber : BH online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...