Arwah Rusiah Suar (tengah) bergambar dengan 2 orang anaknya
KELANA JAYA : Jemaah haji Malaysia, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak disahkan meninggal dunia dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam, kelmarin..
Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pada sidang media khas mengenai tragedi runtuhan kren di Masjidilharam, di sini, sebentar tadi..
"Pasukan perubatan Tabung Haji (TH) dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar pada jam 10.30 pagi waktu tempatan (3.30petang waktu Malaysia)..
"Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatn, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA sekiranya perlu,"katanya..
Allahyarhamah antara lapan jemaah Malaysia yang hilang selepas kejadian yang mengorbankan nyawa 107 jjemaah dan lebih 200 lagi cedera itu..
Sementara itu, Jamil Khir meminta waris yang lain terus bersabar dan berdoa kerana TH akan berusaha untuk terus mencari mangsa di hospital berdekatan serta memastikan proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.
Sumber : BH Online (disiarkan 8.42pm)
Innalillah...semoga ahli keluarga tabah melalui ujian ini..setiap yang berlaku, ada hikmahnya...
apa apapun kita doakan semoga misi mencari mangsa yang tidak dikesan, dimudahkan..in shaa Allah..
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment