IKLAN NUFFNANG
BLOG KAMI
NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!
JOM TENGOK, MENARIK!
Monday, 7 September 2015
Dua polis dihukum penjara 8 tahun
IPOH : Mahkamah Seksyen di sini sebentar tadi menjatuhi hukuman lapan tahun penjara dan denda RM150,000 terhadap seoarng pegawai dan angota polis selepas mereka masing masing didapati bersalah atas dua kesalahan rasuah empat tahun lalu..
Hukuman diputuskan oleh Hakim Madihah Harullah terhadap Asisten Supritenda Ng Swie Chait, 36 dan Lans Koperal Mohd Syafiq Omar, 31 , yang bertugas di Jabatan Sisatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak..
Bagi setiap kesalahn, tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM75,000 atau 20 bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan..Madihah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah..
Mahkamah menetapkan hukuman penjara berjalan serentak mulai hari ini..Bagimanapun hakim kemudian membenar permohonan pihak pembelaan bagi menangguhkan hukuman penjara dengan syarat notis permohonan penangguhan itu difailkan selain menaikkan jumlah ikay jamin kepada RM15,000...
Kedua dua mereka yang kini digantung tugas dituduh dengan niat bersama meminta RM15,000 daripada Kong Wan Heng dan isterinya , Leong Suet Lai bagi membebaskan Wan Heng, yang ditahan berkaitan kes jenayah dan memulangkan sebahagian barang kemas yang dirampas daripada siasatan kes..
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima wang RM15,000 daripada Suet Lai untuk tujuan sama..tertuduh didakwa melakukan kedua dua kesalahan itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK di Lebuh Cecil Rae, Sunagi Senam, di sini, antara 10 malam hingga 11 malam, 30 Mac 2011..
Mereka dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimun 20 tahun penjara dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi bagi setiap pertuduhan..
Sumber : MF
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment