IKLAN NUFFNANG

BLOG KAMI

NO POLITIC! NO GOSSIP! NO RACIST!

JOM TENGOK, MENARIK!

Monday, 31 August 2015

Motorsikal vs Trak TLDM..2 Maut!









31/8/2015

Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 3 petang tadi..Di persimpangan lampu isyarat depan UiTM Seri Iskandar..

Punca kejadian katanya penunggang motorsikal itu tidak berhenti di lampu isyarat, menyebabkan mangsa melanggar trak TLDM yg membuat pusingan U di lampu isyarat terbabit..kedua dua mangsa meninggal dunia..

Innalillah...
takziah kepada keluarga mangsa..

Berhati hati ye kawan kawan, patuhilah peraturan jalan raya..in shaa Allah...



Saturday, 29 August 2015

Dipukul dan Dibakar!!


Kejam kan??
saya tak tahu apakah punca sebenarnya tapi bagi saya walau apa pun salah orang itu, kita sebagai manusia yang normal, ada akal dianugerahkan..

kita sepatutnya boleh berfikir dengan baik..bukan berfikir mengikut nafsu marah..
negara ada undang undang, serahkan sahaja kepada pihak yang berkuasa..

Semoga ianya tidak terjadi kepada ahli keluarga dan saudara mara kita..in shaa Allah...

kejam..kejam...kejam..kejam......

Friday, 28 August 2015

Kemalangan Maut!








Kejadian berlaku di kampung kemuning, Machang, Kelantan..lebih kurang pukul 1230 tengahari tadi..28/8/2015..

mangsa seorang penunggang motorsikal maut ditempat kejadian manakala pemandu kereta patah paha.. 

Siasatan awal punca kemalangan dikatakan akibat kereta tersebut memotong lalu bertembung dengan penunggang motorsikal terbabit..

Gambar : Irdk

Masa tu perjalanan balik dari rumah kakak, di Kuala Krai..tengok kereta banyak, jem panjang..dalam fikiran tak kan ada sekatan jalan raya sebab masa tu da nak solat jumaat..mustahil..hurmmm..pastu terus terfikir mesti ada kemalangan ni..

bila da nak dekat tu, baru nampak jentera bomba dan ambulans..kira masa saya sampai tu, bomba masih dalam proses mengeluarkan mangsa..

tak sempat nak berhenti tengok secara dekat, sebab masa tu da nak pukul 1..tapi kat tepi jalan tu terbaring satu jenazah yang sudah ditutup.. :(((

Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang soleh..arwah juga meninggal hari jumaat..

berhati hati ketika memandu, lagi lagi kalau memotong..aturkan perjalanan anda sebaik nya..semoga tidak tergesa gesa..in shaa Allah...

semoga menjadi pengajaran untuk kita yang masih hidup ini..


Thursday, 27 August 2015

Status dari pengasuh taska!


itu antara kata kata pengasuh taska kepada kanak kanak tersebut..
hurmmmm....



saya kahwin muda , masa 22 tahun, saya meniaga online kat rumah, isteri kerja waktu pejabat..
di usia 23 tahun Allah anugerah kami seorang puteri, Safiyyah Huda namanya..Alhamdulillah..

Jadi saya buat keputusan untuk jaga Safiyyah sendiri disebabkan saya pun luangkan masa di rumah sahaja..lagipun masa isteri mengandung dulu, isteri ada masalah darah tinggi..jadi sepenuh nya saya yang jaga Safiyyah sebab saya kalau boleh saya nak isteri saya cukup rehat..lagi lagi pada waktu malam..

Mula mula jaga anak pelik dengan perangai budak, sebab dulu tak pernah jaga adik atau mana mana budak..huhuh..jadi saya xbiasa dengan budak, pada mula nya saya asyik marah je..tp tak pula melepaskan kata kata kesat..nauzubillah..

sampai satu masa, isteri sy tegur kerana saya asyik marah je, isteri saya kata "biasa la tu perangai budak, budak memang macam itu"..huhuh..tp isteri sy faham, mungkin sy masih muda dan perlu belajar lagi..

Lama kelamaan, saya da pun biasa..alhamdulillah..sekarang umur Safiyyah suda 1 tahun 6 bulan..saya pernah dengar dekat tv, ada pakar kanak kanak mengatakan.."dunia kanak kanak, adalah bermain" :)

Dengan cara bermain, mereka boleh belajar..apa yang saya tahu juga kanak kanak lelaki akan lebih aktif dari kanak kanak perempuan..yang sudah ada anak tu mesti tahu..betul tak?

Anak amanah dari Allah, kita kene jaga mereka sebaik nya..Didik mereka sebaiknya..bukan marah, bukan dera mereka..in shaa Allah..

Semoga bermanfaat... :)

Piala Malaysia 2015..




Kelantan dalam kumpulan maut ke??huhuh...
semoga kelantan menjadi juara tahun ini..
mana la tahukan..rezeki...in shaa Allah.. :)

pasukan anda macam mana?

Kempunan..

Assalamualaikum semua...

Selamat petang....
harini tak buat apa pun selain buat tempahan pelanggan dan kerja rumah macam biasa..

sepatutnya petang ni nak ke Kuala Krai, ambil pulut durian, tapi tak jadi..maka esok sahaja pergi kesana..

Sambil main facebook, alhamdulillah dapat ilmu baru harini..ilmu tentang Facebook Ads(iklan fb)..owhhhh..baru saya tahu, iklan di facebook ni dipilih berdasarkan bajet@target kita dalam sehari..

makin tinggi kita letak bajet kita, makin tinggi peluang kita untuk dapat pelanggan..saya baca kat satu forum ni, ada seorang tu dia letak bajet RM50, tapi iklannya kurang dapat perhatian..akhir sekali dia pun tak mampu nak bayar iklan lagi..dia kata mungkin kena letak RM100, baru ok..

Tapi, dia kata modalnya bukan besar nak letak iklan sebanyak itu dalam sehari..kes kedua pula, dia letak bajet RM500 sehari, dia kata cukup cukup makan je..hurrmmmmmm....apa yang FB Ads nak sebenarnya ye??

kat forum tu kata ramai yang sudah berpindah meniaga di Instagram..sy pula ada insta tapi tak aktif sangat sebab tak pandai guna insta..huhuh..

Jadi apa yang saya dapat harini, iklan FB sudah tak  boleh letak bajet yang sedikit.. :)

setakat ni la dulu untuk petang ini..semoga bermanfaat untuk sesapa yang guna FB Ads..

tak sabar esok nak makan pulut durian..in shaa Allah... :)

Bernyawa selepas sehari dikebumikan..Disangka mati, rupanya pengsan..


LA ENTRADA : Honduras, seorang remaja perempuan disahkan meninggal dunia menjerit meminta tolong selepas sehari dikebumikan..

Remaja yang mengandung 3 bulan itu dipercayai pengsan setelah mengalami serangan panik selepas terdengar bunyi tembakan..

Neysi Perez, 16, dilpaorkan meninggal dunia ketika bangun untuk ke tandas diluar rumahnya di La Entrada, barat Honduras..

Dia kemudiannya dikebumikan dengan pakaian pengantin yang dipakai ketika berkahwin baru baru ini..Bagaimanapun sehari selepas pengebumian, suaminya Rudy Gonzales pergi melawat kubur isterinya dan kemudian terdengar suara meminta tolong dari keranda tersebut..

Suaminya yakin yang suara jeritan itu dari isterinya, dia dan ahli keluarga yang lain bertungkus lumus memecahkan konkrit untuk mengularkan mangsa..

Ahli keluarga mangsa mendapati kesan hentakan pada cermin kaca yang menutupi keranda dan tangan remaja tersebut terdapat kesan lebam..

Mangsa di bawa ke hospital berdekatan San Pedro Sula, namun pakar perubatan mengesahkan dia telah meninggal dunia dan dikebumikan buat kali kedua di dalam kubur yang sama..

Sementara itu, salah seorang dari pekerja di tanah perkuburan tersebut mendapati mendengar suara jeritan meminta tolong, namun tidak menyangka bahawa 'mayat' yang baru dikebumikan itu masih hidup..

Sumber : sinar harian dan dailymail..

Hurmmmm..serammmmm...
cuba bayangkan kita berada dalam tu, terasa kelemasannya,,
Nauzubillah..

Terasa kesedihan yang di alami keluarga terutama suami remaja tersebut.. :(




Bapa rogol anak berkali kali..


Kota Bharu : Seorang lelaki berusia 42 tahun didakwa atas tuduhan merogol mangsa, iaitu anaknya yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dabong Kuala Krai pada jam lebih kurang 1 pagi September 2011..

Kejadian berlaku berkali kali sehingga 27 Mei 2014..

Tertuduh yang seorang penoreh getah, dihukum penjara 17 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya oleh Hakim Mohd Yusoff Yunus di Mahkamah Seksyen Kota Bharu..

Hukuman tersebut berkuatkuasa bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 17 Oktober 2014..Tertuduh yang kematian isterinya sejak 2010 terbabit tidak berkahwindan merogol anak keduanya dari 5 adik beradik..

Sumber : Sinar Harian..

Bila haruan makan anak..semoga Allah lindungi ahli keluarga kita..in shaa Allah...
Kuatkan iman, dekatkan diri dengan Allah..pasti Allah bantu kita.. :)
semoga menjadi pengajaran untuk tertuduh dan untuk kita semua juga..

Club Brugge vs Manchester United

Club Brugge 0 - 4 Manchester United
27/8/2015



Wayne Rooney 20'
Wayne Rooney 49'
Wayne Rooney 57'
Ander Herrera 63'


Wednesday, 26 August 2015

Pesta Buah


Assalamualaikum semua...

Lama kan saya tak update blog..huhuh..
Sebenarnya internet di rumah tak ok, call TM tanya kenapa..katanya masalah dengan kabel bawah tanah..4 hari juga internet tak ada..huhuh..bersabar aje la..

Dari isnin minggu lepas abah ajak pergi makan durian rumah kaklong di Kuala Krai..Tetiba je hari jumaat tu abah call saya dia tak dapat pergi rumah kaklong..jadi saya dengan safiyyah je yang pergi, isteri tinggal di rumah sebab buat kerja..

Sampai je rumah along, tengok along tengah tidur, kat depan rumah dia banyakkkk buah..huhuh..tak lama duduk rumah along, kawan dia call ajak along pergi mandi air terjun, yela hari cuti kan..seronok la dia bawak anak anak berjalan..

Along bagi je semua buah yang kat depan rumah dia tu, cuma tinggal sedikit sahaja untuk keluarga dia..dalam hati..wahhhhh..rezeki......alhamdulillah....abah pula tak dapat datang..kira rezeki keluarga saya la ni..huhuh..

Sampai rumah isteri terkejut tengok durian banyak..dia 'hantu' durian..ahaks...manggis pun dia suka...Alhamdulillah...rezeki kami...





inilah buah yang kami dapat, alhamdulillah..mana nak dapat kan??
semuanya free..alhamdulillah...


Tuesday, 25 August 2015

Putus Tangan!!







Kemalangan berlaku di Tebengau jalan arah ke Kuala Kedah, melibatkan pembonceng motorsikal yg bersama suami nya..

Kejadian dipercayai berlaku apabila isterinya jatuh dan tangan isterinya tersangkut di spoket motorsikal...

Sumber : DTr kemalangan..

Kesian makcik ni..semoga makcik sempat sembuh..setiap yang berlaku, mesti ada hikmah di sebaliknya..bersabar ye makcik.. :(

Mpv terbakar, Seorang Rentung..










Kemalangan berlaku di Kilometer 68.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pendang, lebih kurang pukul 5 petang semalam, 24/8/2015..

Identiti mangsa belum dikenalpasti, mangsa seorang lelaki dipercayai memandu seorang diri dari arah Sungai Petani menuju ke arah Alor Setar.. 

Sumber : Disaster In the World dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia..

Sudah takdir , semoga pihak keluarga tabah menerimanya..apa apa pun, kita mesti berhati hati..



Monday, 24 August 2015

2 Penuntut kolej Maut..

Kemalangan melibatkan sebuah lori dan motorsikal di Taman Bunga Raya Jalan Pahang, Tapah pada 3.18 petang tadi..

24/8/2015



Tapah : 2 penuntut kolej 19 tahun maut apabila dipercayai motorsikal yang dinaiki hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori treler..

Dalam kejadian 3 petaang itu, dua rakan terbabit menaiki motorsikal jenis Yamaha Nouvo LC dikatakan dalam perjalanan dari arah Cameron Highlang menuju ke Tapah..

Ketua polis Daerah Tapah berkata mangsa yang maut sebagai Nazrul Irwan Nazri,  19, penunggang motorsikal dan berasal dari Taman Seri Lengkap Jalan Chui Chak, Langkap..manakala pembonceng pula Nor Amri Zamri, 19, berasal dari Bandar Jengka Pahang..

Kedua dua mangsa maut ditempat kejadian..

Kedua dua mangsa adalah pelajar Kolej ATC Academy, Seksyen 16 Shah Alam, Selangor dan menjalani latihan industri di Syarikat Sediabina Sdn.Bhd,  Tapah..

Sumber : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia..

Sudah takdir mereka, sama sama menuntut ilmu, sama sama meninggal..apa apa pun takziah kepada keluarga mangsa..

Sebagai pengajaran untuk kita, maut tidak mengenal usia..semoga mereka berdua tenag disana..in shaa Allah..



West Bromwich Albion vs Chelsea


West Bromwich Albion 2 -3 Chelsea



Pedro Rodriguez 20'  Chelsea
Diego Costa 30' Chelsea
James Morison 36' WBA
Cesar Azpilicueta 43' Chelsea
James Morison 59' WBA

Sunday, 23 August 2015

Cacat bukan alasan!



Chongqing, China : Tidak mempunyai kedua dua belah tangan bukan alasan untuk seorang petani di bandar ini menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain termasuk ibunya yang sudah uzur..

Chen Xingyin, 48 tahun yang tinggal dikampung Tongxin dekat sini kehilangan kedua dua belah tangan sejak umur tujuh tahun lagi akibat dari kemalangan..

Sejak dari itu, dia melakukan kerjanya dgn kaki dan mulut sebagai peganti tangannya yang hilang namun itu bukan satu alasan untuk dia tidak melakukan semua kerja, malah dia mampu melakukannnya..

Anak bongsu dar 6 adik beradik itu juga mampu menjaga ibunya yang uzur seoarng diri tanpa bantuan orang lain..

Xingyin juga mengusahakan ladang jagung miliknya, mengembala kambing, memasak dan melakukan semua tugas harian di rumah..

Sumber : Harian metro..

Alhamdulillah..besar pengorbanan insan bernama Xingyin ini..walaupun kurang upaya, tetap menjaga ibunya yang uzur, adakah kita sehebat Xingyin?

Bersyukurlah selalu..sesusah mana pun kita, ada lagi yg lebih susah dari kita..


Kemalangan Maut!








Kemalangan berlaku dikatakan semalam, 22/8/2015..kejadian berlaku di lampu isyarat Sekinchan..
pemandu maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah dan tersepit, isteri dan dua anak mangsa cedera ringan..
mangsa berasal dari Kedah dan tinggal bersama keluarga di Bukit Beruntung..mangsa juga bekerja di Perodua..punca sebenar kejadian masih disiasat..

Takziah kepada keluarga mangsa..semoga isteri dan anak anak tabah meneruskan kehidupan tanpa orang yang tersayang..sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah..

Saya selalu berpesan untuk diri saya sendiri dan anda, berhati hati ketika memandu..kecuaian membawa padah..


Saturday, 22 August 2015

Udang Palsu!!


Gambar sekadar hiasan

Beijing : Media tempatan melaporkan, ada peniaga yang menggunakan taktik kotor apabila menjual udang palsu kerana ingin menampakkan udang yang dijual kelihat baru dan segar..

Untuk menghasilkan udang seperti itu, pedagang menambahkan gelatin ke dalam badan udang tersebut..

sebagai bukti, seorang penduduk di Whenzhou baru baru ini menunjukkan udang yang dibelinya didapati lebih banyak mengandungi gelatin berbanding isi udang..

Penduduk terbabit memuat naik gambar udang tersebut di laman sosial Weibo..Gambar berkenaan menampakkan isi udang itu seperti jeli walaupun kulit udang itu asli..

Kesan daripad itu menyebabkan agensi pemeriksaan ubat, makanan dan minuman di China melancarkan serbuan dan pemeriksaan di beberapa pasar yang disyaki di seluruh China..

Sumber : Harian Metro

Semoga bahan basah terutama udang udang di Malaysia sihat dan segar secara semulajadi..kita pun tahu apa kesan nya apabila makan udang palsu ini..

bagi yang meniaga tu, jujur lah..jangan tahu nak untung sahaja..cuba bayangkan kalau terkena pada diri sendiri, marah tak??

Friday, 21 August 2015

Cubaan bunuh Diri!

21/8/2015








Cubaan bunuh diri di Apartment Kenanga, Jalan Wawasan 2, Pusat Bandar Puchong..


Mangsa seorang lelaki cina 26 tahun itu berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak hospital..

Alhamdulillah...sebagai manusia, kita ada akal, berfikirlah dengan waras..kalau sudah jadi macam ini, melibatkan banyak pihak..ini bukan jalan terakhir dan bukan penyelesai segala masalah..

Jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua..


Kekuasaan Allah..





Surau hangus dalam satu kebakaran, tp kitab Suci Allah terselamat dari turut hangus..
Sebagai tanda kekuasaan dari Allah..Masyaa Allah..
kebakaran belaku semalam di Sepang..

Bila kali terakhir kita membaca nya??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...